Dengan pengakuan dan sumpah terbuka baru-baru ini oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan yang beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim benar-benar membuktikan kenyataan saya dalam blog terdahulu iaitu Melayu sudah hilang maruah.
Tidak ada bangsa di dunia kecuali orang Melayu yang akan mengumumkan di seluruh negara dan dunia melalui akhbar dan televisyen yang bontot atau duburnya telah dimasuki oleh zakar sesorang. Perkara ini seperti "Hari ini Dalam Sejarah" kepada peradaban Melayu. Dengan berpakaian Melayu dan bersongkok tetapi mengaibkan orang Melayu kepada awam. Jika benar pun, perlu ke dibuat pengakuan secara terbuka?
Peristiwa ini perlu dicatitkan di dalam buku Guiness yang mencatitkan rekod-rekod dunia. Dalam konteks ini ialah bangsa pertama di dunia yang sanggup mendedahkan keaiban bangsanya sendiri.
Akbar dan TV yang dikuasai oleh orang Melayu nampaknya sudah hilang maruah. Mereka sepatutnya sebagai pendiding dan pelindung bangsa turut bersubahat dalam perkara ini. Akbar tempatan dan TV Malaysia tanpa rasa malu, dengan mudah menyiarkan pengakuan-pengakuan yang menggambarkan kehinaan orang Melayu kepada semua bangsa di Malaysia malahan diseluruh dunia. Sudah tentu semua duta yang ada di negara ini sudah mengerti adap, kesopanan, budi bahasa Melayu yang sanggup mengaibkan bangsa Melayu.
Pemimpin Melayu daripada UMNO, PAS dan PKR turut mendiamkan diri. Sama-sama bersubahat tanpa menghalang dan menghina sebarang bentuk kenyataan yang memalukan bangsanya sendiri. Begitu juga cendiakiawan Melayu di UiTM, UM, UTM UKM dan banyak lagi turut mendiamkan diri. Tokoh-tokoh ugama Islam khususnya orang Melayu turut mendiamkan diri. Ke mana pergi orang Melayu?
How to Become Professional Blogger
Sponsor Link
Why Blog? The Purpose of Blogging
Saturday, August 16, 2008
Saturday, August 2, 2008
Melayu Hilang Maruah
Orang Melayu semakin hilang maruah. Dulu orang Melayu terkenal dengan sifat bermaruah, malu, segan, sekarang tidak ada lagi. Ketuanan Melayu pun dah lenyap. Pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Gagasan Melayu dan Raja-raja yang menjaga ketuanan Melayu pun membisu. Cendiakawan Melayu di UiTM, UM, UKM dan lain-lain lagi sudah tidak bermaya mendaulat dan menjaga kemaruahan Melayu.
Kata-kata Hang Tuah 500 tahun dahulu, "tak kan Melayu di dunia" sebenarnya hanya tubuh badan sahaja. Maruah, kepimpinan Melayu semakin lenyap dan berkubur. Di manakan hero-hero Melayu yang akan menjaga ketuanan Melayau?
Mengapa saya kata begitu? Lihat sahaja gelagat politik Melayu yang semakin membosankan. Dada-dada akhbar sudah menjadi perkara biasa menyiarkan kepincangan maruah orang Melayu. Orang-orang Melayu pun sudah bosan membaca kemaruahan orang Melayu....
Lihat ini....
Kisah Mohd Saiful Bukhari Azlan
Kisah yang mengaibkan orang Melayu. Jika benar perkara-perkara peribadi berlaku ke atas diri sendiri, adakah patut melaporkan kepada dunia. "Aku sudah diliwat oleh si polan dan si polan". Mana sifat kesopanan Melayu?
Kisah Mohamad Ezam
Ini seorang lagi Melayu yang suka mengaibkan orang Melayu sendiri. Kalau pun berminat untuk menjadi pemimpin politik, adakah wajar membongkar kisah-kisah aib dan peribadi orang Melayu khususnya semasa bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Setiap masa Mohamad Ezam tidak ada kerja, hanya menceritakan keaiban orang Melayu--Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kisah Utusan Melayu dan Mingguan Malaysia
Kalau tak ada Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, tak kan cerita-cerita keaiban Melayu tidak diketahui dunia. Akbar-akbar tempatan khususnya Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia adalah penjenayah terhadap bangsa Melayu. Akbar-akbar ini yang membajakan kepada orang ramai mengenai kelemahan dan ketidakmaluan orang-orang Melayu selama ini. Itu sahaja yang terpapar di muka hadapan akbar mereka.
Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia
Sponsor Link
Proven Ways to Make Money On the Internet

Subscribe to:
Posts (Atom)